Cara Beli Domain dan Hosting

Buat duit dengan blog memang impian ramai orang. Kluster duit.

Sebelum buat blog, kena belajar cara nak beli domain dan hosting.

Dah belajar ke domain dan hosting itu apa?

Saya ingin berkongsi pengalaman beli dan daftar domain untuk blog ini. Hosting pun saya beli terus daripada syarikat yang sama.

Terus terang ini merupakan pengalaman pertama saya. Dulu buat blog guna yang free je.

Syarikat yang saya pilih setelah saya buat kajian ialah Jimat Hosting. Banyak faktor, yang paling penting murah, kualiti dan review positif daripada pelanggan.

Ini langkah-langkahnya:

Langkah 1 (Beli Domain)

Tekan ‘Click here to Register Domain Now!

Langkah 2 (Pilih nama domain)

Isi nama domain dan tekan ‘search’. Jika nama itu ‘available’, boleh pilih nak ‘.com’ ke atau lain-lain. Harga pula tak sama.

Saya lebih suka pilih ‘.com’. Harga semasa blog ini ditulis ialah RM45.00.

Tekan ‘Add to Cart’ sebab nanti nak beli ‘hosting’ pula. Kira macam masuk dalam troli shopping kita dulu, bayar lepas semua dah selesai.

Langkah 3 (Beli hosting)

Okay, hosting ada banyak plan. Saya ambil plan yang bajet dulu, maklumlah baru belajar buat blog berbayar. Duit dalam poket pun faham-faham lah ya bagi orang yang baru nak bina keluarga ni.

Ya, saya pilih yang bajet ni. Harga hosting ini cuma RM30.00 setahun. Kalau nanti blog ini ramai pengunjung, saya akan pilih hosting yang lagi power.

Lepas tekan ‘Order Now’ dekat pakej RM30.00 tu, kita akan pilih domain yang kita beli tadi (rujuk gambar di bawah).

Jadi dalam troli shopping kita dah ada domain dan hosting.

Langkah 4 (Konfigurasi domain)

Untuk ‘domain configuration’ ni, saya tick semua kotak sebab masa saya beli ni, syarikat Jimat Hosting bagi semua free.

Jadi saya dapat DNS Management, ID Protection dan Email Forwarding. Percuma setahun.

Langkah 5 (Review dan bayar)

Okay, lepas semak betul-betul, saya tekan butang ‘Checkout’. Jumlah yang saya kena bayar ialah sebanyak RM75.00.

Sebelum bayar, saya kena isi maklumat-maklumat yang diperlukan.

Saya pilih bayar menggunakan ‘Online Banking And Credit Card’. Masa ini sebenarnya was-was juga, nak pilih cara bayaran yang mana. Sebab saya tidak ada credit card. Cuma boleh bayar guna online banking.

Lepas berjaya buat payment, akhirnya saya terima ‘invoice’.

Alhamdulillah semua proses berjalan lancar. Inilah pengalaman pertama saya beli domain dan hosting.

Semoga bermanfaat dan sekiranya ada yang berminat untuk beli daripada Jimat Hosting, bolehlah tekan link di bawah ini.

Jimat Hosting

Disclaimer: Link ini adalah produk affiliate saya. Jangan risau, tiada sebarang kos tambahan jika beli melalui link affiliate saya. Anda akan bayar sama macam yang saya bayar. Saya akan dapat sedikit komisyen dan lebih bersemangat untuk mengembangkan blog ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *