Saya bermula jual beli saham selepas SPM tahun 2006. Mula-mula untuk cari pengalaman dan modal pun cuma bawah RM1000.00 pada masa itu.
Artikel kali ini saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya dalam membeli dan menjual saham IPO. Apa itu IPO?
IPO = Initial Public Offering.
Banyak artikel-artikel di Google yang boleh menerangkan apa itu saham IPO dan bagaimana saham IPO ini membantu syarikat-syarikat yang menawarkan saham IPO.
Saya pernah untung dan rugi. Rugi sebab simpan lama saham IPO dengan harapan harga akan naik selama-selamanya.
Saya juga pernah untung sedikit kerana jual terlalu awal.
Bagaimana cara beli saham IPO?
Kita boleh beli secara online sahaja. Selain beli di website MITI bagi permohonan saham bumiputera, kita boleh beli melalui online banking apabila tarikh pembelian saham IPO dibuka. Tetapi bukan semua bank yang menawarkan servis ini.

Kebiasaan bank yang menyediakan servis beli saham IPO ini ialah Public Bank dan Maybank. Bank lain juga boleh tetapi menggunakan mesin ATM.
Saya menggunakan online banking Public Bank. Setelah login, pilih ‘Investment’. Paparan seperti di bawah akan muncul.

Kemudian klik ‘eIPO’.

Selepas itu, kita tekan ‘Apply eIPO’.

Sekiranya saham IPO telah dibuka untuk dibeli, saham tersebut akan ada di ruangan ‘Share Name’.
Kita boleh beli mengikut jumlah bajet kita pada harga yang telah ditetapkan. Harga ikut unit.
Contoh:
Harga seunit saham IPO = RM0.10
Bajet kita = RM1000.00
Maka RM1000.00 bahagi RM0.10 = 10,000 unit.
Jadi kita key-in 10,000 unit semasa membeli saham tersebut.
Public Bank akan mengenakan caj sebanyak RM2.00 bagi urusan ini. (Mungkin caj harga ini berubah pada masa akan datang).

Saya pernah ‘apply’ saham IPO Optimax Holdings Berhad, Mobilia Holdings Berhad dan yang terbaru Flexydynamic Holdings Berhad.
Boleh rujuk gambar di atas, sekiranya permohonan kita berjaya, status akan menunjukkan ‘successful’. Kalau ‘partially successful’, bermaksud kita tidak dapat semua jumlah unit yang dipohon.
Untuk saham Optimax ini, saya mohon sebanyak 53300 unit pada harga RM0.30 seunit. Saya cuma dapat 6000 unit.
Jumlah yang saya kena bayar ialah sebanyak RM0.30 darab 6000 unit = RM1800.00.
Jadi total RM1802.00. (termasuk caj RM2.00).

Alhamdulillah, pada 18 Ogos 2020, saya telah menjual semua unit saham IPO Optimax ini pada harga RM0.69 seunit.
Total yang saya dapat selepas tolak semua fees dan brokerage ialah sebanyak RM4125.27.
Untung bersih saya ialah sebanyak RM2323.27.
ROI ialah sebanyak 128.93%.
Alhamdulillah.
Pada tarikh artikel ini ditulis, 31 Mac 2021, harga seunit saham Optimax ini ialah RM1.78 seunit.
Moga bermanfaat.