Pendapatan Pasif (Passive Income)

Apa itu pendapatan pasif atau ‘passive income’?

Menurut Wikipedia, passive income is income that requires no effort to earn and maintain (Pendapatan pasif ialah pendapatan yang tidak memerlukan sebarang usaha untuk diperolehi dan dikekalkan).

Bagi saya, pendapatan pasif ini memerlukan usaha di peringkat awal dan selepas berjaya, duit akan terus masuk ke dalam poket kita walaupun kita sudah tidak lagi bekerja.

Bagi pendapatan aktif, kita bekerja baru kita dapat duit. Jika kita tidak lagi bekerja, kita tidak akan dibayar gaji.

Setakat artikel ini ditulis, pendapatan pasif saya lebih kurang RM700 sebulan. Saya harap dan akan berusaha supaya pendapatan pasif bulanan saya ini bertambah setiap tahun.

Anda juga boleh jika ada usaha dan doa.

Macam mana cara menjana pendapatan pasif? (Encik Google ada macam-macam jawapan)

Berikut ialah apa yang saya pernah cuba untuk jana pendapatan pasif:

  • Pelaburan / Investment

Kita boleh dapat dividen apabila kita melabur dalam instrumen pelaburan. Contoh ASB, Tabung Haji dan Public Mutual. Jika kita ada akaun CDS, kita boleh beli saham syarikat di Bursa Malaysia atau di luar negara yang konsisten agihkan dividen setiap tahun.

Ini tidak termasuk keuntungan jual beli saham. Sebab topik kita ialah pendapatan pasif. Jual beli saham ini bagi saya adalah pendapatan aktif. Perlu masa dan usaha.

  • Jadi Unit Trust Consultant syarikat amanah saham

Untuk menjadi agen syarikat amanah saham seperti Public Mutual, kita perlu lalui kelas teori dan lulus ujian untuk dapatkan lesen Unit Trust Consultant (Perunding Unit Amanah). Syarikat yang berbeza menawarkan pendapatan pasif yang berbeza kepada agen-agennya.

  • Sewa rumah

Bagi yang memiliki rumah sendiri atau rumah pusaka, idea bagi sewa rumah adalah idea yang sangat baik. Cuma nasihat saya semasa iklankan rumah sewa, letakkan syarat-syarat yang sesuai untuk dapatkan penyewa yang baik. Jadi kita tak perlu keluarkan kos yang tinggi untuk ‘maintenance’.

Jika ada yang berminat, boleh juga dapatkan pendapatan pasif dengan menjadi agen yang menguruskan rumah sewa orang lain.

  • Youtube

Youtuber juga boleh menjana pendapatan pasif dengan idea konten yang menarik dan ‘subscriber’ yang ramai.

  • Blog

Boleh google Blogger yang jadi jutawan dengan hanya menulis blog. Yang best lagi, ada masa tak update blog pun masih dapat duit.

  • Affiliate marketing

Banyak bisnes atau syarikat yang menawarkan komisyen yang menarik jika ada pelanggan yang beli produk mereka melalui kita.

  • Banyak lagi cara untuk menjana pendapatan pasif. Contoh tulis buku, bina ‘apps’ atau ‘games’, buat e-book dan macam-macam lagi. Saya harap saya boleh pelbagaikan lagi sumber untuk duit masuk walaupun saya tengah tidur atau bercuti.

Saya juga harap anda semua berjaya.

Moga bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *