Wow! Tengok tajuk macam menarik. Scam ke ni?
Kebanyakan orang dah tau zaman sekarang ni banyak sangat isu scam atau kena tipu. Ingat senang ke nak cari duit.
Kali ini saya nak berkongsi satu website yang boleh menjana duit dengan hanya klik link yang diberikan.
Baik, saya cerita sikit macam mana saya boleh terlibat dengan website ni.
Mula-mula saya terfikir nak cari duit dengan hanya menonton video di internet. Contoh dekat Youtube atau mana-mana website. Ye la kan, saya fikir rugi pula kalau orang macam saya yang setiap hari ‘online’, tapi tak dapat apa-apa. Dapat mengisi masa lapang je. Hehe.
Jadi saya mencari dengan Pakcik Google website apa yang boleh bagi saya duit dengan hanya menonton video. Susah nak jumpa. Kebanyakan yang jumpa pun scam. Kira mudah cerita tak dapat duit la.
Tiba-tiba keluar ilham pula untuk jana duit dengan hanya klik iklan. Haa itu rahsia dia.
Sebenarnya salah satu sumber pendapatan syarikat di internet ni adalah iklan. Sama je dengan TV.
Jadi website yang saya kongsikan ni sebenarnya kita dibayar disebabkan kita klik dekat link iklan yang dia bagi.
Website itu ialah You-Cubez.

Saya baru je daftar dan buat kerja tekan link yang diberikan. Selain daripada itu, kita juga boleh dapat duit dengan jawab ‘survey’ dan menonton video.
Cuma setakat ni, yang menonton video tu macam tak ada apa pun.
Yang survey pula, saya dah ada pengalaman dengan website lain. Kalau ada rezeki dan masa, saya kongsikan. Untuk buat kerja ‘survey’ dan dapat duit ni, banyak sebenarnya website yang ada.
Saya share sikit pendapatan saya untuk You-Cubez ni setakat hari ini.

Pendapatan atau ‘Earnings’ saya ialah sebanyak £0.0118 bersamaan RM0.069.

Okay, kat bawah ni saya tunjuk cara untuk klik dan dapat duit.
- Dekat Dashboard, kita akan nampak ‘You have 1 websites to view. View ads and earn money’.
Kalau tidak ada, bermaksud tidak ada job la masa tu. Kena tunggu atau kalau rajin, buat job lain la macam jawab ‘survey’ dan sebagainya.

- Kemudian, klik ‘View ads and earn money’

- Kemudian klik dekat link ’10 seconds £0.0005 View once per month’ tu dan paparan seperti di bawah akan muncul di ‘tab’ baru.

- Masukkan ‘verification code’ dan klik ‘submit’. Tunggu sehingga ‘Done’ dan butang ‘Click Me Now!’ muncul.

- Akhir sekali, klik ‘Click Me Now!’

Maka kita telah dapat £0.0005 dengan hanya klik sahaja. Mudah kan. Tu yang duit dapat pun tak la banyak sangat. Tapi macam biasa, bila lama-lama dan setelah klik beribu-ribu kali, kita dah boleh bayangkan duit yang kita akan dapat kan.
Untuk guna duit tersebut, kita boleh transfer duit kita ke dalam akaun ‘Paypal’ kita. Boleh register akaun ‘Paypal’ kalau belum ada.
Semoga bermanfaat dan sekiranya ada yang berminat untuk daftar You-Cubez, bolehlah tekan link di bawah ini.
Disclaimer: Link ini adalah produk Referrals saya. Jangan risau, tiada sebarang kos tambahan jika daftar melalui link Referrals saya. Anda akan dapat sama macam yang saya dapat. Saya akan dapat sedikit komisyen dan lebih bersemangat untuk mengembangkan blog ini.
Nak sertai survey berbayar
……
Hi