
Kali ini blog Kluster Duit ingin berkongsi tentang satu website untuk sama-sama jana pendapatan. Website ini sangat best sebab lagi rajin kita buat kerja atau task, lagi banyak income masuk. Juga harap dapat bantu sedikit sebanyak terutama yang terjejas pendapatan atau hilang punca pendapatan dalam tempoh wabak pandemik Covid19 ini.
Website ini ialah Remotasks. Saya sendiri dah try website ini sebab risau juga kalau penat buat kerja, duit tak masuk2. Tambah-tambah zaman sekarang ini kan banyak isu scam nak tipu duit kita.
Jadi saya nak cerita sikit macam mana nak buat kerja dengan Remotasks ni. (Kita akan dikenali sebagai Remotaskers apabila dah mula kerja dengan Remotasks).
Mula-mula layari laman web Remotasks guna link ini dan kena sign up dulu.
Disclaimer: Link ini adalah produk Referrals saya. Jangan risau, tiada sebarang kos tambahan jika daftar melalui link Referrals saya. Anda akan dapat sama macam yang saya dapat. Saya akan dapat sedikit komisyen dan lebih bersemangat untuk mengembangkan blog ini.

Ok, masa nak sign up (paparan seperti gambar di atas), kita boleh guna Facebook atau Google account. Saya guna Google sebab saya layari website guna Google Chrome.
Kemudian Remotasks akan hantar code melalui SMS untuk verify account kita. (part ni kadang-kadang problem sebab SMS tak dapat2. Kalau jadi masalah ni, try google untuk solve isu ni. Boleh jadi server dia tengah problem, atau telco telefon kita yang problem dan sebagainya).
Saya tak ada problem masa saya sign up dulu. Tapi bulan lepas jadi dekat adik saya dan dia tak dapat register.
Ok, jika berjaya sign up, kita dah boleh start buat training (training ni free) dan lepas berjaya habis training, kita akan dapat task untuk projek yang kita pilih. Saya cadangkan mula dengan task yang simple-simple dulu. Bila dah biasa, baru ubah kepada task yang lagi mencabar.
Lagi susah tasks yang kita buat, lagi tinggi bayaran yang kita dapat.

Remotasks ini bayar dalam US Dollar. Jadi kelebihan dekat kita yang tinggal di Malaysia atau mana-mana negara yang mata wang kita lebih murah.
Bayaran dalam US Dollar ni akan dimasukkan ke dalam akaun Paypal kita. Bagi yang tidak ada akaun Paypal, perlu register akaun Paypal ya.
Bayaran akan dibuat setiap minggu tanpa ada jumlah minimum. Ni yang best. Kebanyakan website selalu kita kena buat kerja sampai 10 USD dulu, baru boleh transfer ke akaun Paypal. Saya selalu terima bayaran selepas satu hari, contoh payment dibuat hari Selasa, hari Rabu baru masuk dalam akaun Paypal saya.
Daripada akaun Paypal kita, kita boleh transfer ke dalam akaun bank kita atau boleh juga guna untuk online shopping dekat website yang terima bayaran melalui Paypal.
Saya tunjuk dekat bawah screenshot akaun Paypal saya (akaun Paypal saya cuma ada RM10 sahaja sebelum saya mula buat Remotasks). Bayaran pertama saya dapat cuma 0.07USD. Saya dah bersyukur sebab duit masuk dan sesuai la dengan tak banyak kerja/tasks yang saya buat.
Lepas saya dah faham cara kerja Remotasks, saya ambil tasks yang lebih mencabar iaitu 2D annotation. Yang 3D tu saya belum buat sebab laptop saya tak cukup power 🙂

Tujuan saya berkongsi duit yang saya dapat ini bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi saya cuma nak buktikan yang saya betul-betul terima bayaran daripada Remotasks. Rezeki ini dapat membantu saya terutama dalam tempoh gawat pandemik ini.
Saya doakan anda semua juga berjaya menjana pendapatan. Semoga bermanfaat.
Layari laman web Remotasks guna link ini ya. Terima kasih.