
PERNIAGAAN PENCUCIAN

NAK CUCI APA?
- Kenderaan (bahagian luar, bahagian dalam, bahagian enjin, dan menggilap kenderaan)
- Rumah
- Sofa / Kusyen
- Tilam
- Karpet
- Macam-macam lagi
KONSEP / BENTUK PERNIAGAAN
- Layan Diri (Self-service)
- Perkhidmatan disediakan sepenuhnya oleh owner (Full-service)
- Bergerak (tawarkan khidmat cuci dari rumah ke rumah atau tempat temu janji)
KENAPA MUDAH?
- Kos permulaan rendah.
Bergantung kepada kita. Ada yang hanya bermula dengan span dan hos air sahaja. Yang penting kena berani dan rajin untuk menyinsing lengan untuk mencuba sesuatu yang baharu. Barulah boleh ‘cuci tangan’ daripada hidup tak kaya kepada hidup yang lebih selesa. - Risiko perniagaan rendah dan potensi untuk berkembang.
Hujan pun orang cuci kereta kalau dah kotor sangat, tambah-tambah esok nak balik kampung. Hujan pun orang cuci rumah kalau esok dah nak raya. - Tidak memerlukan tenaga pekerja yang ramai atau berkemahiran.
Jika perniagaan kita berkualiti dan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan kita, sampai masa kita akan memerlukan pertolongan. Oleh itu, bolehlah upah pekerja supaya pusat mencuci kita dapat memenuhi permintaan yang semakin bertambah. Pada masa yang sama, kita juga perlu mempelajari menguruskan tenaga kerja dan perniagaan yang semakin berkembang. - Mudah mendapatkan peralatan dan bekalan.
Pastikan kualiti supaya pelanggan puas hati.
Jika berminat, bolehlah tengok peralatan di bawah untuk memulakan perniagaan anda sendiri dan semoga beroleh keuntungan berganda. Semoga berjaya!

https://c.lazada.com.my/t/c.cqbDri?sub_aff_id=offer+terbaik

https://c.lazada.com.my/t/c.cqZ6SZ?sub_aff_id=portable+water+jet

https://c.lazada.com.my/t/c.cqZSJR?sub_aff_id=vacuum+cleaner
Dan di bawah ini pula sekadar optional untuk senang simpan barang semasa buat kerja dan nampak lebih profesional.

https://c.lazada.com.my/t/c.cqZR5j?sub_aff_id=beg+kalis+air
Semoga bermanfaat!